RESIPI PECAL JAWA

 Assalammuaklaikum, salam semua. Hari ni che mat bikin pecel, satu hidangan orang2 Jawa. Kalau tanya che mat lah kan, pecel ni asalnya dari mana. Kalau dah makanan orang Jawa, dah tentulah dari Indonesia, tapi perlu ingat orang Jawa dah merantau ke tanah melayu ni berabad lamanya, tu jam negara Indonesia belum terbentuk lagi. Pecel, gado-gado, janganan dan rojak, adalah satu makanan yang sama, seakan2 salad. Hidangan pecel biasanya terkenal di penempatan2 yang banyak didiami masyarakat berketurunan jawa, terutama di Johor dan Selangor. Boleh diktegorikan dalam hidangan sihat kerana menggunakan sayur-sayuran dan sosnya dari kuah kacang yang dicampur ramuan2 herba tertentu. Ulam-ulamannya terdiri dari timun, sengkuang, kacang panjang, kangkung, pucuk ubi dan taugeh. Ditambah dengan tempe dan tauhu goreng. Ada juga yang ditambah kobis, itu semua terpulang pada selera masing2....

Che mat paling suka pecel yang kuahnya terasa sedikit pedas, tak berapa manis dan harum bau aroma cekur atau orang Indonesia panggil kencur. Apalah makna pecel kalau takde cekur, yea dak. Kuahnya jangan terlalu cair, nanti pecal cepat berair, seelok2nya biar pekat sedikit. Perlu rasa seimbang, antara masam, manis, pedas dan masin, barulah pecal rasa sedap terangkat, Zaman sekarang ni dah ada jual pes kuah pecal, cuma perlu tambah air panas dan kacau rata. Tapi rasa dia tak boleh nak jamin lah, ada juga yang diimport dari Indonesia, yang tu che mat pernah rasa, serius sedap. Tapi kan, sedap lagi yang pakcik kau buat ni, gilerrr nak cakap tak sedap, sendiri yang buat, yea dak. Bagi yang nak buat sediri pecal di rumah, boleh semak resipi di bawah ini..

BAHAN-BAHAN KUAH PECAL :-)
1 1/2 cawan kacang tanah, cuci dan toskan
10 tangkai cili kering dibuang biji, cuci dan lap kering dengan tissue dapur
10 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
6 - 7 biji cili padi thai yang warna merah
2 camca besar hirisan gula melaka
1 inci belacan
2 inci isi cekur
1/3 cawan jus asam jawa, atau secukup rasa
Garam dan gula pasir secukup rasa
Air panas secukupnya

BAHAN-BAHAN PECAL :-)
4 - 5 tangkai kacang panjang
1 biji sengkuang saiz sederhana
1 biji timun
Taughe secukupnya
Tauhu secukupnya
1 cekak kangkung, disiang
1 cekak pucuk ubi, diasingkan dari tangkainya
4 keping tempe berbungkus daun

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH PECAL :- Kacang tanah digoreng dalam minyak panas hingga keperangan, angkat dan toskan minyaknya. Tumbuk atau kisar hancur, toksah terlalu halus dan alihan ke dalam mangkuk. Goreng cili kering, bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga layu, angkat dan toskan. Kemdian goreng pula belacan hingga harum, angkat dan ketepikan. Kisar bahan2 yang digoreng tadi dengan sedikit air panas hingga halus dan tuang ke dalam mangkuk berisi kacang tanah kisar tadi. Kacau rata.
  2. Tambah gula melaka dan jus asam jawa secukupnya, rasa dulu, jika perlu baru ditambah lagi jus asam jawa. Tambah air panas secukupnya. Pastikan kuah pecal sederhana pekat dan tidak terlalu cair. Perasakan dengan garam secukup rasa dan gula jika suka rasa yang lebih manis. Ketepikan.
  3. UNTUK BAHAN2 PECAL :- Tempe dan tauhu digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyaknya dan potong kiub, ketepikan. Kacang panjang dikerat pendek dan celur dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam dan sedikit minyak masak. Dalam periuk yang sama, celur pula kangkung, angkat dan toskan. Akhir sekali celur pulak pucuk ubi hingga lembut, toskan dan biar sejuk. Pucuk ubi boleh dikerat agar tidak terlalu panjang. Taugeh dicuci, taruk dalam tapis dan siram dengan air panas, toskan.
  4. UNTUK MENGHIDANG PECAL :- Ambik serba sedikit tauhu dan tempe goreng, kacang panjang, kangkung, pucuk ubi, timun, sengkuang dan taugeh, masukkan ke dalam bekas sesuai. Tuang kuah secukunya dan gaul rata. Jika suka pedas, boleh tambah sedikit hirisan cili padi. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Subscribe to receive free email updates: