Assalammualaikum, salam Khamis semua. Hari ni che mat nak berkongsi dengan semua resipi kek sarang semut yang in sha Allah anti gagal. Maksudnya kalau ikut betul2 in sha Allah menjadi. Sebelum ni memang pernah kongsi resipi kek sarang semut, ada beberapa resipi, tapi ada tu kurang menjadi sarang semut dia, kalau semut masuk, sah2 sesat, tak jumpa jalan. Yang ni in sha Allah, semut akan sampai ke destinasi yang dituju. Resipi dia memang senang, tak payah nak perap 3 - 4 jam, siap adun, tuang dalam tin dan bakar terus. Risau takut tak jadi?..Hurmm cuba tengok gambar yang che mat kongsikan tu, nampak kan sarang2 semut dia berjalur2. Lupa pulak nak tunjuk yang potong melintang, yang tu boleh nampak lobang2 dia. Tapi nanti takut ada yang fobia pulak, kan ada orang seriau tengok benda2 yang bersarang dan berlubang2.
Kek sarang semut ni che mat bakar dalam tin bersaiz 8 x 3 x 3 inci, dan kalau nak buat dalam 8 x 8 x 3 inci, tinggal gandakan resipi saja, tak susah. Bagi yang tak makan mentega, boleh ganti dengan majerin, Tapi tolong yea, jangan pandai2 pi tukar pada minyak masak. Satu lagi resipi ni jenis bakar dalam oven, dan tak sesuai untuk dikukus (sebab ada yang dah cuba kukus tapi tak jadi). Che mat sendiri belum pernah cuba dengan kaedah kukus. Mungkin untuk kukus, resipi dia lain. Kek sarang semut kalau menjadi, tekstur dia kenyal dan bersarang2. Kalau jadinya gebu, tu dah macam kuih apam gula hangus. Dalam banyak2 resipi, yang ni paling mudah jadi dan tak mengecewakan. Resipi ni che mat dapat dari seorang geng masak2 berasal dari Indonesia. Bagi yang gemar kek sarang semut, bolehlah cuba resipi yang che mat kongsikan ni, kalau dah buat dan menjadi, jangan lupa tag yea...Jomm semak resipi..
BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram gula pasir (resipi asal 200 gram)
300 ml air panas mendidih
70 gram mentega atau majerin, cair dan sejukkan
80 gram susu pekat manis
4 biji telur gred A
3/4 camca teh soda bicarbonate
1/2 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanilla (optional)
100 gram tepung gandum*
100 gram tepung ubi*(*disatukan dan diayak)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Masak gula pasir hingga menjadi karamel atau gula hangus, guna api kecil dan pastikan jangan sampai hitam sangat, nanti pahit. Bila gula cair dan bertukar menjadi coklat keemasan, berhati2 tuang air panas mendidih sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar. Tutup api dan sejukkan air gula tadi.
- Panaskan oven pada suhu 190C, gunakan api bahagian BAWAH sahaja. Lenser tin berukuran 8 x 3 x 3 inci dengan mentega atau majerin, tabur tepung rata2 pada keseluruhan bahagian dalam tin tadi dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan.
- Masukkan air gula hangus ke dalam mangkuk besar, tambah susu pekat manis dan kacau rata menggunakan whisk. Masukkan telur satu persatu dan kacau hingga sebati. Tambah tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis dan kacau hingga rata dan tidak berbinti2. Masukkan soda bicarbonate dan baking powder, kacau sebati.
- Tambah esen vanilla (jika guna) dan mentega atau majerin cair. Kacau hingga betul2 rata dan sebati. Tapi bancuhan tadi ke dalam tin yang telah disiapkan awal tadi. Masukkan ke dalam oven. Oven mesti dipanaskan sekurang2nya 15 minit. Taruk tin kek pada rak paling bawah. Bakar selama 1 jam atau hingga kek masak. Uji kek dengan mencucuk bahagian tengahnya menggunakan lidi sate bersih atau cake tester, jika keluarnya bersih, tanda kek dah masak. Jika masih basah, tambah masa membakar 5 - 6 minit lagi hingga kek betul2 masak.
- Keluarkan kek dari oven dan biarkan sekejap, boleh keluarkan kek dari tin. Sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan dan bolehlah dipotong. Hidangkan untuk minum petang. Selamat mencuba!...