SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DIRI KU

Assalammualaikum, selamat tahun baru 2017, rasanya masih belum terlewat che mat nak ucapkan selamat tahun baru. Atas sebab2 tertentu yang tak boleh nak dielakkan che mat terpaksa cuti bersiaran untuk beberapa hari. Dan alhamdulillah dengan izin Allah swt, sehari sebelum tarikh hari lahir, che mat dapat bersiaran kembali. Kira ini entri pertama untuk tahun 2017.

Seperti setiap tahun, bila tiba 8 Januari berlakulah pertambahan usia ( 21+ 20 ), beranjak ke usia yang lebih matang dan jangka hayat pula semakin singkat (minta2 Allah panjangkan usia che mat). Alhamdulillah, diberi pinjam usia setahun lagi sebagai ganjaran dan peluang untuk menjadi insan yang lebih baik. Moga Allah kurniakan kesihatan pada diri ini agar dapat menjalankan tanggungjawab sebagai anak dan hambanya. Terima kasih bonda che mat yang menjadi sumber kekuatan dan terima kasih buat arwah Bak atas doa2 keramat sepanjang Bak masih bernafas dulu, al-fatihah Bak..

Tak lupa buat 'musuh no 1' Ben Ashaari (awal2 semalam dia dah kenakan che mat kat wassap, pakkal ajer kan kawan lama, kalau tak siap lahh!). Pada sahabat handai (Ayu, Azila, Najeeb, terima kasih sudi wassap), teman2 blogger, FB dan IG, terima kasih atas ucapan dan doa. Di sebabkan anda semua lah che mat masih boleh bertahan di sini. Oh yea, pada blogger Yana, selamat hari lahir juga, kami ni lahir pada tarikh yang sama tapi tahun lain2, cuma che mat 'muda' sikit lah dari dia...haha.. Sekali lagi, terima kasih semua dan selamat hari lahir mat gebu (sila lah sedar diri yea, awak tu dah tua - 'tua sikit' )...In sha Allah blog akan bersiaran seperti biasa... 😎

Subscribe to receive free email updates: